Tahap pengetahuan komuniti luar bandar dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT): kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman

Kajian ini meneroka tahap pengetahuan penduduk luar bandar dalam bidang ICT di dua perkampungan dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah. Kajian dijalankan ke atas 200 orang responden dimana agihan seimbang dilakukan di dua kawasan tersebut. Kajian ini secara keseluruhannya membincangkan tahap penyertaan mas...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Talib, Azlizan, Yusoff, Mohd. Nazaruddin, Said, Mohd Syahril
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26712/1/STML%202019%2062%2068.pdf
Description
Summary:Kajian ini meneroka tahap pengetahuan penduduk luar bandar dalam bidang ICT di dua perkampungan dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah. Kajian dijalankan ke atas 200 orang responden dimana agihan seimbang dilakukan di dua kawasan tersebut. Kajian ini secara keseluruhannya membincangkan tahap penyertaan masyarakat luar bandar dalam bidang ICT. Kajian ini telah memberi gambaran yang jelas tentang tahap penyertaan masyarakat luar bandar dalam bidang ICT melibatkan aspek ekonomi, pendidikan dan sosial. Secara umumnya, objektif kajian untuk mengenalpasti tahap penyertaan masyarakat dalam bidang ICT, mengenalpasti amalan kaedah pengurusan ICT, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang ICT dan mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan tahap pengetahuan ICT di kalangan penduduk kampung. Instrumen kajian melibatkan penggunaan borang soal-selidik dan temu bual bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang penguasaan bidang ICT di kalangan penduduk. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menghuraikan beberapa faktor yang mempengaruhi dan masalahmasalah yang sering dihadapi oleh penduduk dalam bidang ICT. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab semua pihak amat diperlukan bagi mengatasi permasalahan ini ke arah mewujudkan pembangunan kawasan luar bandar yang lestari melalui penerapan kemudahan ICT.