Summary: | Kemerosotan kualiti udara di Malaysia sering memberi kesan buruk kepada kesihatan awam kesan daripada aktiviti manusia. Gangguan terhadap kualiti udara menyebabkan berlaku masalah kepada kesihatan masyarakat pada setiap peringkat usia. Walaupun terdapat sistem pengurusan alam sekitar yang baik dijalankan oleh kerajaan, namun kurang berkesan mengurangkan masalah tersebut kerana gagal mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti masyarakat awam, swasta dan NGO. Kemerosotan kualiti udara menunjukkan masih terdapat kelemahan pada sistem pengurusan sedia ada.
Oleh itu, pendekatan urustadbir alam sekitar mungkin boleh mengurangkan masalah kemerosotan kualiti udara yang memerlukan penglibatan semua pihak iaitu kerajaan, masyarakat, swasta dan NGO.
|