Summary: | Indonesia dan Malaysia merupakan dua buah Negara berjiran yang tentunya akan selalu berhubungan dan berinteraksi. Dalam keadaan seperti ini, kedua-dua buah negara ini akan terlibat dalam hubungan kerjasama dan atau konflik.
Kenyataannya, secara bilatelral, regional dan global Indonesia dan Malaysia memiliki senarai kerjasama yang panjang. Namun, kedua-dua negara juga tercatat sebagai negara berjiran yang berkonflik dalam beberapa perkara mulai
dari isu tenaga kerja, isu alam sekitar, isu persempadanan dan perebutan wilayah, dan yang paling teruk adalah konfrontasi yang melibatkan penggunaan ketenteraan. Untungnya, sehingga kini kedua-dua negara yang bukan hanya
berjiran secara georafikal tetapi serumpun mampu mengurus hubungan bilateral mereka dengan berkesan sehingga meskipun terdapat beberapa perkara yang boleh mencetuskan konflik, namun konflik itu bukan hanya boleh dikawal tetapi
mereka juga tetap dapat terus meningkatkan kerjasama mereka. Kertas kerja ini cuba memahami etika hubungan bilateral kedua-dua negara dan memberi cadangan agar etika yang ada lebih diperkasakan untuk terus mengeratkan
hubungan dan meningkatkan kerjasama kedua-dua negara berjiran dan serumpun yang bukan hanya boleh membawa kebaikan kepada kedua-dua negara, tetapi juga kerjasama kedua-dua negara itu dapat lebih berperan dalam peringkat regional dan global.
|