Syarikat korporat ICT dan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat: Klasifikasi, rasionaliti dan penerapan prinsip Islam

Perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat merupakan isu global yang berkaitan rapat dengan syarikat perniagaan termasuklah syarikat korporat ICT. Secara prinsipnya, perlaksaan tanggungjawab sosial korporat merupakan interprestasi kepada kebertanggungjawaban syarikat terhadap pihak berkepentingan da...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamdan, Oemar, Bohari, Abdul Manaf
Format: Book Section
Language:English
Published: Universitas Islam Riau Indonesia 2010
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2746/1/OEMAR_01.pdf
Description
Summary:Perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat merupakan isu global yang berkaitan rapat dengan syarikat perniagaan termasuklah syarikat korporat ICT. Secara prinsipnya, perlaksaan tanggungjawab sosial korporat merupakan interprestasi kepada kebertanggungjawaban syarikat terhadap pihak berkepentingan dalam industri yang mana memberikan sumbangan besar kepada kejayaan dan survival perniagaan pada masa lepas, kini dan masa hadapan. Jadi, kertas kerja ini membincangkan teori dan berkaitan tanggungjawab sosial korporat sebagai teras kefahaman. Kemudian, klasifikasi dan rasionaliti perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat dibincangkan bagi memperkukuhkan kefahaman mengenai tanggungjawab sosial korporat dalam konteks syarikat korporat ICT. Prinsip Islam pula diutarakan bagi menyokong perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat lantaran kegagalan sistem ekonomi barat sedia ada dalam menangani isu ini. Akhir sekali, cadangan-cadangan dikemukakan sebagai mekanisme bagi mempertingkatkan perlaksaan tanggungjawab sosial korporat di kalangan syarikat ICT.