Hubungkait harga rumah dengan faktor kemudahan awam menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Harga rumah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungkait antara harga rumah dengan kemudahan awam yang terdapat di sekeliling kawasan perumahan berkenaan dalam jarak tertentu. Kemudahan awam yang lengkap dan berdekatan kebiasaannya akan mempengaruhi harg...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdul Jalil, Nursyuhadah
Format: Book Section
Language:English
Published: Universitas Islam Riau Indonesia 2010
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2749/1/NURSYUHADAH_2.pdf
Description
Summary:Harga rumah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungkait antara harga rumah dengan kemudahan awam yang terdapat di sekeliling kawasan perumahan berkenaan dalam jarak tertentu. Kemudahan awam yang lengkap dan berdekatan kebiasaannya akan mempengaruhi harga rumah di sesuatu kawasan. Namun setiap kemudahan mempunyai nilai kepentingan yang berbeza- beza yang mana akan memberi kesan kepada harga sesebuah rumah. Sistem Maklumat Geografi (GIS) menawarkan perkakasan dan proses yang lengkap dan berkesan dalam satu kerangka penyelidikan bagi melihat hubungkait antara harga rumah dengan kemudahan awam. Gabungan antara GIS dan kaedah Multicriteria Analysis (MCA) dapat meningkatkan keberkesanan proses penilaian harga rumah. Hasil kajian mendapati bahawa harga rumah mempunyai perkaitan dengan kemudahan awam. Purata harga rumah di kawasan yang mempunyai kemudahan awam yang rendah ialah RM173,833.30. Manakala purata harga rumah di kawasan yang mempunyai kemudahan sederhana pula ialah RM195,134.40 dan putara harga rumah di kawasan yang mempunyai kemudahan awam yang tinggi ialah sebanyak RM209,278.60. Umumnya kemudahan awam yang terdapat di sekitar rumah akan mempengaruhi rumah berkenaan. Kajian ini juga menghasilkan maklumat dan teknik yang bernilai kepada para perancang dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk membantu proses membuat keputusan di dalam merancang perletakan kemudahan awam.