Summary: | Kolej dan universiti mempunyai pengaruh yang besar ke atas komuniti bandar dan luar bandar dari sudut aliran pendapatan dan perbelanjaan serta penyediaan peluang pekerjaan melalui aktiviti pendidikan dan penyelidikan. Institusi pengajian tinggi (IPT) melakukan perbelanjaan
seperti membeli barangan dan perkhidmatan dan menggaji pekerja. Di samping itu, IPT juga menjana pendapatan dengan cara menghasilkan penyelidikan dan mengeluarkan pekerja mahir serta menjual pendidikan, seni dan hiburan. Ini seterusnya menggalakkan perkembangan ekonomi setempat, contohnya industri perumahan. Aktiviti ekonomi mempunyai
kesan gandaan (ripple effect) ke atas ekonomi setempat apabila sektor ekonomi terus bertindakbalas terhadap peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan. Kertas kerja ini cuba mendedahkan kepada masyarakat bahawa banyak kajian impak ekonomi penubuhan IPT tinggi telah dilakukan. Sehubungan itu, apabila sesebuah IPT baru ditubuhkan, satu kajian impak ekonomi wajar dilakukan untuk menilai sumbangan penubuhannya terhadap perkembangan ekonomi setempat. Ini perlu memandangkan kini terdapat banyak IPT yang baru ditubuhkan dan dinaiktarafkan. Daripada sorotan ini juga, didapati kaedah pengukuran impak ekonomi yang sesuai dan kerap digunakan adalah model input-output.
|