"Tangan Yang Menghayun Buaian, Mampu Mengoncang Dunia": Peranan Wanita Dalam Konflik Melayu - Cina Selepas Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu : Satu Penelitian Awal

Artikel ini mengemukakan mengenal peranan wanita sebagai srikandi yang mempertahankan kelangsungan hidup keluarga berikutan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kezaliman tentera Jepun dan komunis menimbulkan prasangka serta menjejaskan keharmonian hubungan di antara orang Melayu dan Cina. Hal yang dem...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Haniffa, Mohamed Ali, Mohamad, Ayu Nor Azilah
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Human Sciences, Universiti Pendidikan Sultan Idris 2021
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28512/1/ICSSH2021_570_583.pdf
Description
Summary:Artikel ini mengemukakan mengenal peranan wanita sebagai srikandi yang mempertahankan kelangsungan hidup keluarga berikutan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kezaliman tentera Jepun dan komunis menimbulkan prasangka serta menjejaskan keharmonian hubungan di antara orang Melayu dan Cina. Hal yang demikian diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan kaum selepas pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu. Wanita Melayu yang sinonim dengan kesantunan turut berperanan sebagai tonggak utama berikutan pencabulan ke alas institusi keluarga oleh tentera Jepun dan komunis. Penelitian awal artikel ini ialah mengenai kemunculan Kumpulan Parang Panjang Wanita di Sungai Manik, Perak. Turut dilihat peranan signifikan wanita Melayu di Kampung Bekor, Kuala Kangsar, Perak dan Mukim VII serta Mukim IV, Batu Pahat, Johor. Survival wanita memberikan inspirasi kepada masyarakat Melayu di seluruh tanah air bagi mempertahankan nyawa, bangsa dan agama. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kepustakaan, melibatkan dokumen, fail arkib dan kaedah lisan. Hasil kajian mendapati bahawa survival wanita Melayu di peringkat tempatan selepas Perang Dunia kedua mencetuskan nasionalisme dan lebih bersifat untuk membebaskan tanah air