Kajian profil pelajar yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan di Universiti Utara Malaysia

Kajian ini merupakan penyelidikan preliminari bagi mengenalpasti profil pelajar yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan maklumat perniagaan pelajar di Universiti Utara Malaysia, universiti di mana mereka sedang meneruskan pengajian tertiari. Penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa prose...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Syed Ibrahim, Sharifah Sofiah 'Atiqah, Abdul Rashid, Al-Najibah
Format: Article
Language:English
Published: Academia Industry Networks 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28541/1/BISTEC%2010%202021%20117-132.pdf
Description
Summary:Kajian ini merupakan penyelidikan preliminari bagi mengenalpasti profil pelajar yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan maklumat perniagaan pelajar di Universiti Utara Malaysia, universiti di mana mereka sedang meneruskan pengajian tertiari. Penglibatan pelajar dalam perniagaan semasa proses pembelajaran mereka adalah disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup di universiti. Pelajar yang dipilih ialah mereka yang mendaftar perniagaan mereka di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia. Seramai 180 responden dipilih dari pelajar seramai 500 orang yang mendaftar. Pendaftaran perniagaan dibuka untuk pelajar semua semester dari semester 1 hingga semester 8. Kajian adalah bentuk kuantitatif dengan mengunakan ukuran frekuensi dan min. Hasil kajian antaranya menunjukkan pelajar sangat berminat menjalankan perniagaan berskil kecil walaupun pada masa yang sama mereka sibuk menjalankan tugasan sebagai pelajar. Di cadangkan agar program keusahawanan dan perniagaan digalakkan untuk pelajar sebagai salah satu usaha universiti menyiapkan diri pelajar menyertai bidang keusahawana sebagai salah pilihan karir mereka selepas tamat pengajian.