Deskripsi Keesaan Allah S.W.T. menurut perumpamaan dalam Al-Quran

Menghayati perumpamaan yang terkandung dalam al-Quran merupakan satu pendekatan yang amat berkesan dalam mendidik jiwa manusia. Ia dapat mengubat pelbagai penyakit batin yang melanda manusia termasuklah penyakit-penyakit yang melibatkan akidah. Sejak akhir-akhir ini, kita kerap kali tersentak dengan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Packeer Mohamed, Syed Sultan Bee, Abu Yazid, Afifah, Abdullah, Syahrul Faizaz, Abdul Rahman, Mohd Nizho
Format: Article
Language:English
Published: Global Academic Excellence 2018
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28574/1/JISED2018_03_14_122-137.pdf
Description
Summary:Menghayati perumpamaan yang terkandung dalam al-Quran merupakan satu pendekatan yang amat berkesan dalam mendidik jiwa manusia. Ia dapat mengubat pelbagai penyakit batin yang melanda manusia termasuklah penyakit-penyakit yang melibatkan akidah. Sejak akhir-akhir ini, kita kerap kali tersentak dengan berita-berita di media massa berkaitan orang Melayu Islam di negara ini yang terlibat dalam isu murtad, ajaran sesat dan fahaman ateisme. Senario ini sangatlah membimbangkan kita sebagai rakyat Malaysia kerana ia merosakkan imej agama Islam yang menjadi agama rasmi negara kita. Justeru, salah satu jalan penyelesaian kepada masalah ini ialah mentadabbur perumpamaan dalam al-Quran yang membicarakan tentang keEsaan Allah s.w.t. Hal ini kerana ia mempunyai pelbagai keistimewaan yang dapat mendorong manusia untuk berfikir dengan hati dan akal mereka tentang keEsaanNya. Sehubungan dengan itu, satu kajian berbentuk kualitatif telah dijalankan untuk meneliti konsep keEsaan Allah s.w.t. serta menganalisis perumpamaan –perumpamaan berkaitan keEsaan Allah s.w.t yang terdapat dalam al-Quran. Bagi mengumpulkan data, kaedah kepustakaan telah digunakan. Manakala bagi menganalisis data pula, kaedah analisis dokumen berbentuk deskriptif telah diimplementasikan. Hasil kajian mendapati bahawa perumpamaan dalam al-Quran dapat memberi kesan yang amat mendalam kepada jiwa manusia dalam memahami konsep keEsaan Allah s.w.t. Ia menegaskan bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja Tuhan yang layak untuk disembah dan menolak ketuhanan segala sesuatu selain daripadaNya. Pendekatan yang digunakan ialah dengan membawa analogi yang terdapat pada manusia dan haiwan, di mana ianya mudah difahami oleh akal yang sihat. Kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat agar menjadikan perumpamaan dalam al-Quran sebagai salah satu kaedah untuk memperbetulkan akidah umat Islam yang terpesong dan juga meningkatkan tahap keimanan mereka terhadap Allah s.w.t.