Pengajian tinggi era globalisasi: Falsafah, integriti dan aspirasi

Sektor pendidikan memang mempunyai kaitan langsung dengan pembangunan ekonomi sesebuah negara khususnya dalam membangunkan modal manusia yang akan menjadi aset utama pembangunan. Modal manusia sering dirujuk sebagai sumber produktiviti dan pertumbuhan output sesebuah negara dan dengan itu permintaan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Abdul Jabbar, Awang, Yaacob Yusoff
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2901/1/paper5abdjabbar.pdf
_version_ 1803624566007791616
author Abdullah, Abdul Jabbar
Awang, Yaacob Yusoff
author_facet Abdullah, Abdul Jabbar
Awang, Yaacob Yusoff
author_sort Abdullah, Abdul Jabbar
collection UUM
description Sektor pendidikan memang mempunyai kaitan langsung dengan pembangunan ekonomi sesebuah negara khususnya dalam membangunkan modal manusia yang akan menjadi aset utama pembangunan. Modal manusia sering dirujuk sebagai sumber produktiviti dan pertumbuhan output sesebuah negara dan dengan itu permintaan terhadap pendidikan tinggi berkembang pesat dan mengalami perubahan mendadak. Secara tradisinya, malah dalam Islam dan pemikiran Konfusianism pun, pendidikan tinggi adalah tugas kerajaan sebagai memenuhi tanggungjawab pengembangan ilmu dan pemangkin ekonomi negara dengan penyediaan tenaga kerja mahir. Bagaimanapun, keperluan mendesak terhadap pendidikan tinggi menyebabkan kerajaan tidak mampu memenuhi permintaan tersebut atas berbagai alasan seperti kos yang tinggi dan kekurangan tenaga pengajar yang berkelayakan. Sementara itu, sektor pendidikan telah dimasukkan sebagai salah satu sektor perkhidmatan dalam General Agreement on Trade and Services (GATS) dalam Wold Trade Organisation (WTO). Ia memberi implikasi bahawa sektor pendidikan terdedah kepada persaingan yang sengit sehingga melangkaui sempadan negara. Perkembangan-perkembangan tersebut sekaligus mengubah tradisi pendidikan tinggi apabila kerajaan bukan lagi penyedia tunggal perkhidmatan tersebut, malahan terpaksa bersaing atau menyerahkan kepada sektor swasta dalam dan luar negara. Akhirnya pendidikan telah menjadi barang dagangan yang menguntungkan. Tanpa menafikan kepentingan pendidikan terutamanya dari sudut ekonomi, kertas kerja ini ingin mengingatkan bahawa sekiranya perubahan-perubahan dalam sektor tersebut tidak ditangani dengan teliti, pemesongan akan berlaku. Halatuju universiti khususnya dalam mempertahankan integriti sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan medan mencari kebenaran mungkin bertukar. Laporan UNESCO (2003) yang bertajuk Higher Education in Globalized Society mencadangkan agar diwujudkan satu garis panduan kepada IPT dalam menangani perubahan-perubahan ini. Sebagai respon kepada laporan tesebut, kertas kerja ini menegaskan kepentingan peranan nilai dan etika untuk memastikan universiti berada pada landasan yang betul. Tujuan ini akan terhasil dengan mengimbas kembali tradisi keilmuan Islam yang pada suatu ketika dulu pernah mencapai kemuncak dalam ketamadunan dunia.
first_indexed 2024-07-04T05:20:25Z
format Conference or Workshop Item
id uum-2901
institution Universiti Utara Malaysia
language English
last_indexed 2024-07-04T05:20:25Z
publishDate 2004
record_format dspace
spelling uum-29012011-05-19T05:43:12Z https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2901/ Pengajian tinggi era globalisasi: Falsafah, integriti dan aspirasi Abdullah, Abdul Jabbar Awang, Yaacob Yusoff LB2300 Higher Education Sektor pendidikan memang mempunyai kaitan langsung dengan pembangunan ekonomi sesebuah negara khususnya dalam membangunkan modal manusia yang akan menjadi aset utama pembangunan. Modal manusia sering dirujuk sebagai sumber produktiviti dan pertumbuhan output sesebuah negara dan dengan itu permintaan terhadap pendidikan tinggi berkembang pesat dan mengalami perubahan mendadak. Secara tradisinya, malah dalam Islam dan pemikiran Konfusianism pun, pendidikan tinggi adalah tugas kerajaan sebagai memenuhi tanggungjawab pengembangan ilmu dan pemangkin ekonomi negara dengan penyediaan tenaga kerja mahir. Bagaimanapun, keperluan mendesak terhadap pendidikan tinggi menyebabkan kerajaan tidak mampu memenuhi permintaan tersebut atas berbagai alasan seperti kos yang tinggi dan kekurangan tenaga pengajar yang berkelayakan. Sementara itu, sektor pendidikan telah dimasukkan sebagai salah satu sektor perkhidmatan dalam General Agreement on Trade and Services (GATS) dalam Wold Trade Organisation (WTO). Ia memberi implikasi bahawa sektor pendidikan terdedah kepada persaingan yang sengit sehingga melangkaui sempadan negara. Perkembangan-perkembangan tersebut sekaligus mengubah tradisi pendidikan tinggi apabila kerajaan bukan lagi penyedia tunggal perkhidmatan tersebut, malahan terpaksa bersaing atau menyerahkan kepada sektor swasta dalam dan luar negara. Akhirnya pendidikan telah menjadi barang dagangan yang menguntungkan. Tanpa menafikan kepentingan pendidikan terutamanya dari sudut ekonomi, kertas kerja ini ingin mengingatkan bahawa sekiranya perubahan-perubahan dalam sektor tersebut tidak ditangani dengan teliti, pemesongan akan berlaku. Halatuju universiti khususnya dalam mempertahankan integriti sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan medan mencari kebenaran mungkin bertukar. Laporan UNESCO (2003) yang bertajuk Higher Education in Globalized Society mencadangkan agar diwujudkan satu garis panduan kepada IPT dalam menangani perubahan-perubahan ini. Sebagai respon kepada laporan tesebut, kertas kerja ini menegaskan kepentingan peranan nilai dan etika untuk memastikan universiti berada pada landasan yang betul. Tujuan ini akan terhasil dengan mengimbas kembali tradisi keilmuan Islam yang pada suatu ketika dulu pernah mencapai kemuncak dalam ketamadunan dunia. 2004 Conference or Workshop Item NonPeerReviewed application/pdf en https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2901/1/paper5abdjabbar.pdf Abdullah, Abdul Jabbar and Awang, Yaacob Yusoff (2004) Pengajian tinggi era globalisasi: Falsafah, integriti dan aspirasi. In: ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL4), 13 - 15 Disember 2004, Grand Plaza Parkroyal, Penang. (Unpublished)
spellingShingle LB2300 Higher Education
Abdullah, Abdul Jabbar
Awang, Yaacob Yusoff
Pengajian tinggi era globalisasi: Falsafah, integriti dan aspirasi
title Pengajian tinggi era globalisasi: Falsafah, integriti dan aspirasi
title_full Pengajian tinggi era globalisasi: Falsafah, integriti dan aspirasi
title_fullStr Pengajian tinggi era globalisasi: Falsafah, integriti dan aspirasi
title_full_unstemmed Pengajian tinggi era globalisasi: Falsafah, integriti dan aspirasi
title_short Pengajian tinggi era globalisasi: Falsafah, integriti dan aspirasi
title_sort pengajian tinggi era globalisasi falsafah integriti dan aspirasi
topic LB2300 Higher Education
url https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2901/1/paper5abdjabbar.pdf
work_keys_str_mv AT abdullahabduljabbar pengajiantinggieraglobalisasifalsafahintegritidanaspirasi
AT awangyaacobyusoff pengajiantinggieraglobalisasifalsafahintegritidanaspirasi