Perspektif pemikiran tokoh Islam Muhammad Uthman El-Muhammady terhadap teori sosial, masyarakat asabiyyah dan kebudayaan

Artikel ini memberi fokus kepada pemikiran Islam Muhammad Uthman El-Muhammady, seorang tokoh Islam Nusantara. Beberapa pandangan dan sumbangan tokoh ini dalam konteks sosial, masyarakat dan kebudayaan akan di analisis dalam artikel ini. Kajian ini mengunakan metode kajian kualitatif dan menganalisis...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sairan, Mohd Ammyrul Ashraf, Ahmad, Shukri
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29056/1/JPS%2025%202022%20121-139.pdf
https://doi.org/10.32890/jps2022.25.6
Description
Summary:Artikel ini memberi fokus kepada pemikiran Islam Muhammad Uthman El-Muhammady, seorang tokoh Islam Nusantara. Beberapa pandangan dan sumbangan tokoh ini dalam konteks sosial, masyarakat dan kebudayaan akan di analisis dalam artikel ini. Kajian ini mengunakan metode kajian kualitatif dan menganalisis kandungan karya-karya beliau secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa El-Muhammady adalah seorang pejuang Ahli Sunnah Wal-Jamaah dalam kalangan para ilmuan Nusantara. Dalam teori sosial beliau tegas menolak ideologi sosial daripada Barat yang jelas bertentangan dengan al-Quran dan Sunah. Berhubungan dengan istilah Asabiyyah, beliau mempertahankan konsep ini demi kepentingan dan perjuangan Islam seiring dengan ideologi Ibn Khaldun dan juga Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Aspek kebudayaan pula, El-Muhammady menjelaskan kebudayaan terbaik adalah kebudayaan Islam tradisional yang menjadi rujukan ketika era pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Hasil kajian mendapati bahawa pemikiran Islam El-Muhammady dari perspektif teori sosial, masyarakat Asabiyyah dan kebudayaan sentiasa dalam konteks world view Islam Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Segala bentuk world view Barat adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.