Summary: | Dewasa kini, aktiviti kesukarelawanan dilihat seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Pelbagai organisasi bukan kerajaan dan individu lahir terutamanya tatkala negara di landa musibah seperti banjir. Aktiviti kesukarelawanan yang dijalankan menjadi ukuran kepada keperibadian sukarelawan yang menjalankan kerja sukarela dengan penuh komitmen tanpa berhendakkan ganjaran. Terdapat enam (6) faktor motivasi sukarelawan yang dinyatakan dalam Volunteer Function Inventory (VFI) iaitu nilai, pemahaman, perlindungan, kerjaya, sosial dan juga peningkatan. Dengan adanya motivasi ini, sukarelawan dapat mengenalpasti faktor ataupun penyebab yang boleh meransang sukarelawan dalam menggerak dan mengarah hala tuju dalam menjalankan kerja sukarela. Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi motivasi sukarelawan dalam menjalankan kerja sukarela termasuklah kepercayaan dan keyakinan diri sukarelawan, pengaruh persekitaran, kemahiran, niat dan dasar kerajaan. Artikel ini menghuraikan faktor-faktor yang dapat memotivasikan sukarelawan dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan dan menyingkap strategi serta membantu pelbagai pihak termasuklah pihak kerajaan serta badan bukan kerajaan dalam usaha untuk mengatur strategi dalam memotivasikan sukarelawan dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan.
|