Kejurulatihan dan Persediaan Psikologi Atlet Golf: Satu Kajian Fenomena

Kaedah kajian fenomena merupakan salah satu pendekatan dalam kajian kualitatif dan kerap digunakan dalam penyelidikan berkaitan perkembangan dalam bidang sukan golf, khususnya dalam memahami motivasi, kepercayaan, dan persepsi atlet. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memahami secara mendalam bagai...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muslim, Mohd Rom, Abu Bakar, Md Zawawi, Omar, Zainudin
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2020
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29070/1/JPS%2023%202020%2093-109.pdf
Description
Summary:Kaedah kajian fenomena merupakan salah satu pendekatan dalam kajian kualitatif dan kerap digunakan dalam penyelidikan berkaitan perkembangan dalam bidang sukan golf, khususnya dalam memahami motivasi, kepercayaan, dan persepsi atlet. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memahami secara mendalam bagaimana aspek-aspek kejurulatihan dan persediaan psikologikal atlet golf bagi mewakili negara dalam pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pendekatan kualitatif melibatkan temubual secara langsung dengan lapan responden yang terdiri daripada pakar-pakar yang terlibat termasuk tujuh jurulatih profesional dan seorang pegawai badan golf kebangsaan. Penyelidik merupakan instrumen utama dalam proses pengumpulan data melalui temu bual separa struktur. Dapatan kajian mendapati kaedah kualitatif sesuai digunakan bagi mendapatkan data pembangunan atlet golf disebabkan keluasan cakupan dan kebebasan responden menyuarakan pandangan mereka dalam topik yang dikaji.