Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture dalam Kalangan Pelajar

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan yang signifikan antara Dimensi Reka Bentuk, Dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan Dimensi Penilaian dengan Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus Aplikasi Komputer da...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sankaran, Surendran, Saad, Norazlinda
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2019
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29074/1/JPS%2022%202019%2001-09.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan yang signifikan antara Dimensi Reka Bentuk, Dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan Dimensi Penilaian dengan Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu. Pendekatan kajian kuantitatif dalam kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini adalah pelajar-pelajar yang mengambil kursus Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu. Persampelan bertujuan dalam kajian ini digunakan untuk mendapatkan kumpulan responden yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut kehendak kajian. Seramai 243 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Dalam kajian rintis, beberapa aspek penyesuaian item telah dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alpha yang tinggi (0.89). Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Dimensi Reka Bentuk, Dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan Dimensi Penilaian dengan Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture. Dapatan ini menjelaskan bahawa untuk meningkatkan tahap Pembelajaran Mod Teradun Berasaskan Modul Interactive Lecture dalam kalangan pelajar, dimensi Reka Bentuk, dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan Dimensi Penilaian perlu dipertingkatkan.