Summary: | Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji perhubungan antara sokongan pengurusan dengan pemindahan latihan serta mengenal pasti peranan kesedaran pembelajaran sebagai pengantara dalam perhubungan tersebut. Kaedah kaji selidik digunakan untuk mendapatkan hasil dapatan kajian sebanyak 283 borang daripada para pekerja di sektor awam Malaysia. Perisian SmartPLS digunakan untuk menilai kualiti data dan seterusnya menguji hipotesis kajian. Dapatan pengujian model persamaan struktur mengesahkan bahawa perhubungan antara sokongan pengurusan dengan pemindahan latihan adalah dipengaruhi secara tidak langsung oleh kesedaran pembelajaran. Seterusnya, kajian ini mengemukakan perbincangan, implikasi, dan kesimpulan kajian.
|