Jangka Masa Pelaksanaan Pembuatan Lean Mempengaruhi Prestasi Organisasi: Analisis Syarikat Pembuatan di Malaysia Menggunakan Model Rasch
Pasaran global hari ini memerlukan strategi pembuatan baru untuk meningkatkan kecekapan dan pembuatan. Matlamat utama industri perkilangan hari ini ialah untuk meningkatkan produktiviti melalui pemudahan sistem, potensi organisasi dan penambahbaikan berterusan dengan menggunakan teknik canggih seper...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
UUM Press
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29295/1/IJMS%2026%2001%202019%20147-167.pdf |
Summary: | Pasaran global hari ini memerlukan strategi pembuatan baru untuk meningkatkan kecekapan dan pembuatan. Matlamat utama industri perkilangan hari ini ialah untuk meningkatkan produktiviti melalui pemudahan sistem, potensi organisasi dan penambahbaikan berterusan dengan menggunakan teknik canggih seperti sistem pembuatan lean. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat secara khusus sama ada jangka masa pelaksanaan lean mempengaruhi prestasi organisasi dengan menggunakan penganalisisan Model Rasch. Kajian ini menggunakan dua ratus lima syarikat pembuatan, yang dipilih secara rawak dari direktori Pengilang Persekutuan Malaysia. Kajian ini mengukur persepsi eksekutif kanan atau para pengurus mengenai tahap pelaksanaan pembuatan lean di syarikat mereka. Hasil kajian mendapati jangka masa tahun pelaksanaan lean tidak mempengaruhi secara terus terhadap pencapaian prestasi organisasi. Selain itu, cabaran yang paling sukar dihadapi syarikat dalam melaksanakan pembuatan lean ialah berkaitan membina program pembangunan pembekal yang sistematik. Dapatan kajian ini akan memberi panduan yang bermanfaat bagi para pengurus untuk merancang dan mengekalkan pembuatan lean dalam organisasi mereka serta menjana langkah-langkah baru untuk meningkatkan prestasi organisasi supaya dapat berdaya saing. |
---|