Model Kesihatan Mental dan Tingkahlaku Kewarganegaraan Organisasi Pegawai Polis di Malaysia dalam Menghadapi Era Revolusi 4.0

Kesejahteraan masyarakat bergantung kepada keberkesanan tugas pegawai polis dalam menjamin keselamatan negara. Bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik, kesihatan mental yang baik secara menyeluruh merangkumi aspek kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial haruslah diutamakan. Kesi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mat Ali, Nor A’tikah, Mahamood, Yahaya, Alis, Norzaliza, Mohd Nasir, Mohd Azrin, Mohd Faudzi, Farah Nadia, Ismail, Suzila
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29566/1/14422.pdf
Description
Summary:Kesejahteraan masyarakat bergantung kepada keberkesanan tugas pegawai polis dalam menjamin keselamatan negara. Bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik, kesihatan mental yang baik secara menyeluruh merangkumi aspek kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial haruslah diutamakan. Kesihatan mental yang baik juga penting dalam membantu meningkatkan tingkah laku positif di tempat kerja terutamanya Tingkah laku Kewarganegaraan Organisasi (TKO). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana kesihatan mental yang baik dalam kalangan pegawai polis memberikan kesan kepada TKO mereka di tempat kerja. Oleh itu, pengkaji akan menguji kesahan dan kesepaduan model bagi kesihatan mental dan TKO pegawai polis di Malaysia. Kesihatan mental diukur menerusi kesejahteraan emosi, kesejahteraan psikologi dan kesejahteraan sosial pegawai polis, manakala TKO diukur berdasarkan kepada TKO pegawai polis terhadap organisasi (TKO-O) dan TKO terhadap individu (TKO-I). Reka bentuk kajian adalah mixed method yang melibatkan pengumpulan data secara kuantitatif pada peringkat pertama kajian dan pengumpulan data secara kualitatif pada peringkat kedua kajian. Seramai 615 pegawai polis di IPK Kuala Lumpur terlibat sebagai responden kajian bagi data kuantitatif. Seramai empat orang pegawai polis pula terpilih dalam sesi temu bual untuk data kualitatif. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Science (SPSS) dan Analysis of a Moment Structures (AMOS) manakala data kualitatif dianalisis menggunakan analisis tematik iaitu melibatkan tiga tahap iaitu pengkodan (coding), nota memo (memoing) dan penjelasan mendalam (thick descriptions). Hasil dapatan menunjukkan model modifikasi telah mencapai nilai indeks kesepadanan yang sepadan seperti dicadangkan, maka model modifikasi kesihatan mental dan TKO pegawai polis di Malaysia disahkan.