Penilaian Outcome Pelaksanaan Sijil Eksekutif Pengurusan Kerja Sosial

Kursus Sijil Eksekutif Praktis Kerja Sosial (SPEC) untuk kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah dilaksanakan selama tujuh(7) tahun. Maka, satu kajian penilaian outcome telah dilakukan bagi mengkaji keberkesanan program JKM SPEC ini dari segi kemahiran peserta dalam pengendalian kes k...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mat Saad, Zarina, Ahmad Ramli, Fatimah Zailly, Hillaluddin, Azlin Hilma, Abd Manaf, Abdul Razak, Md Zain, Rajwani, Jamaluddin, Zakiyah, Abbas, Sharima Ruwaida, Abdul Hamid, Ahmad Shukri
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29579/1/14641.pdf
Description
Summary:Kursus Sijil Eksekutif Praktis Kerja Sosial (SPEC) untuk kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah dilaksanakan selama tujuh(7) tahun. Maka, satu kajian penilaian outcome telah dilakukan bagi mengkaji keberkesanan program JKM SPEC ini dari segi kemahiran peserta dalam pengendalian kes klien, pengetahuan peserta berkaitan asas kerja sosial dan teori-teori, personaliti dan tingkah laku peserta, kesedaran peserta mengenai etika dan nilai kerja sosial, dan cabaran yang dihadapi peserta dalam mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam kursus. Tumpuan kajian adalah terhadap kesemua peserta kursus SPEC. Kaedah pengumpulan data adalah melalui pengedaran borang soal selidik serta temubual berstruktur yang dilaksanakan dalam dua (2) fasa. Seramai 213 orang responden telah menjawab soal selidik dan 26 orang responden telah ditemubual. Analisis statistik telah dilakukan bagi data kuantitatif, dan kaedah analisis bertema (thematic analysis) bagi data kualitatif. Secara keseluruhannya responden berpandangan bahawa kursus SPEC ini amat berkesan. Dapatan menunjukkan bahawa kursus SPEC mampu menambahkan kemahiran pengendalian kes, meningkatkan pengetahuan asas kerja sosial dan teori, membentuk personaliti dan tingkahlaku yang positif dan lebih peka terhadap etika kerja sosial kepada responden. Apa yang dipelajari didapati amat membantu mereka dalam kerjaya dan menguntungkan JKM. Kebanyakan responden mempunyai inspirasi untuk meneruskan pengajian kepada peringkat yang lebih tinggi. Justeru, kesemua responden merasakan kursus SPEC ini perlu diteruskan di masa akan datang. Namun, cadangan penambahbaikan yang diutarakan oleh responden perlu juga diambilkira agar kursus JKM SPEC ini dapat memberikan pengetahuan serta kemahiran yang berterusan selaras dengan perkembangan kerja sosial di peringkat tempatan dan antarabangsa. Oleh itu, berdasarkan kepada maklumbalas responden, kajian ini juga turut membincangkan beberapa cadangan penambahbaikan dan cadangan baru bagi memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran serta pelaksanaan kursus SPEC di masa akan datang.