Pulangan Sosial Atas Pelaburan: Kajian Impak Agihan Zakat Bagi Skim Bantuan Perniagaan Di Negeri Kedah

Kajian ini dijalankan bagi menilai impak ekonomi dan sosial agihan zakat oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terhadap sekumpulan penerima zakat melalui Skim Bantuan Perniagaan (Jayadiri). Sesi temu bual bersama seorang pegawai LZNK dan perbincangan kumpulan fokus bersama 10 penerima bantuan zakat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Saad @ Ismail, Samihah, Mohd Ariff, Arifatul Husna, Jamaludin, Noor Asma, Ayoup, Hazeline
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29583/1/14726.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi menilai impak ekonomi dan sosial agihan zakat oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terhadap sekumpulan penerima zakat melalui Skim Bantuan Perniagaan (Jayadiri). Sesi temu bual bersama seorang pegawai LZNK dan perbincangan kumpulan fokus bersama 10 penerima bantuan zakat skim ini pada tahun 2019 telah dijalankan secara atas talian. Data yang dikumpul dari sesi temu bual dan perbincangan dianalisa secara kualitatif dan tematik. Impak ekonomi dan sosial telah diukur menggunakan model Pulangan Sosial Atas Pelaburan atau Social Return on Investment (SROI). Kajian ini mendapati bahawa matlamat utama skim ini untuk membantu penerima zakat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka melalui perniagaan secara umumnya telah tercapai. Selaku agensi pengurus zakat, pihak LZNK telah menjalankan penilaian dan pemantauan terhadap penerima zakat sebagai mekanisma untuk menilai impak agihan zakat. Hasil kajian mendapati bahawa aras pendapatan penerima zakat skim ini telah meningkat sedikit. Berdasarkan model SROI, kajian ini mendapati pulangan sosial ke atas bantuan yang diberikan LZNK kepada penerima zakat adalah sebanyak RM3.22 bagi setiap RM1 bantuan diberikan bagi tempoh 3 tahun. Kadar pulangan ini adalah tinggi dan menjadi indikasi bahawa Skim Bantuan Perniagaan ini telah berjaya mencapai matlamatnya, iaitu meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan hidup golongan asnaf melalui perniagaan. Bagi menambahbaik mekanisma agihan zakat, kajian ini mencadangkan agar sistem pemantauan yang lebih teratur dapat dirangka dan dijalankan dengan menggunakan kaedah SROI. Selain itu bantuan untuk aktiviti pemasaran dan rangkaian yang baik juga perlu diberikan agar penerima zakat ini dapat memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas