Tinjauan Kesejahteraan Psikososial Dalam Kakitangan Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti Mengenal pasti tahap etika kerja dari sudut kepuasan kerja, komitmen kerja, personaliti, kesihatan mental dan beban tugas dalam kalangan kakitangan Bahagian Keselamatan dan Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Metodologi kajian menggunakan kaedah tinjau...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ishak, Noor Azniza, Kamsani, Siti Rozaina, Omar, Zainudin, Talib, Mohd Khairuddin
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29592/1/777610.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti Mengenal pasti tahap etika kerja dari sudut kepuasan kerja, komitmen kerja, personaliti, kesihatan mental dan beban tugas dalam kalangan kakitangan Bahagian Keselamatan dan Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Metodologi kajian menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik di mana sampel yang diambil sebanyak 160 orang responden yang terdiri daripada kakitangan di bahagian tersebut. Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian terhadap personaliti secara keseluruhan menunjukkan berada di tahap yang tinggi. Berbeza pula dapatan kajian bagi kepuasan kerja, komitmen organisasi, kesihatan mental dan beban tugas menunjukkan tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya, penemuan-penemuan di dalam kajian ini secara tidak langsung dapat membantu dari segi memberi maklumat dan informasi kepada pihak terbabit bagi memperbaiki polisi yang sedia ada berdasarkan kepada cadangan yang dikemukakan perlu dipertingkatkan lagi dengan menyediakan peluang dan ruang seperti penghargaan, persekitaran kerja yang kondusif, dan peluang peningkatan kendiri kepada kakitangannya dalam usaha untuk meningkatkan tahap kepuasan kerja dan komitmen terhadap tugasan masing-masing serta meningkatkan pengurusan kesihatan mental dan pembahagian tugas dalam memastikan semua kakitangan berada dalam keadaan baik semasa menjalankan tugas dan menumpukan perhatian kepada skop tugasan yang telah ditetatapkan.