Summary: | Kajian ini dijalankan bagi tujuan mengkaji faktor budaya dalam membangunkan kejayaan kerjaya kusahawanan di Kabupaten Agam, Sumatera Barat, Indonesia. Kerangka kerja kajian ini merujuk ciri budaya yang diukur dengan menggunakan 3 dimensi budaya yang berbeza(faktor perpaduan, faktor pemajuan, dan, faktor perasaan) yang mengandungi 33 item. Kemudian diuji pula kecekapan keusahawanan sebagai pembolehubah pengantara (mediating variables). Akhir sekali di uji dengan hubungan dengan kejayaan kerjaya keusahawanan yang diukur menggunakan 6 dimensi (tanggapan kepada pendapatan kewangan, kepuasan kerjaya, reputasi sosial, pengakuan sosial, status sosial, serta tanggapan kepada pencapaian kerjaya). Sampel kajian adalah terdiri daripada 316 pengusaha pembuatan pakaian di Kabupaten Agam Sumatera Barat. Analisis kajian ini menggunakan teknik regresi hierarki. Hasil kajian mendapati ciri budaya menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kejayaan kerjaya keusahawanan dengan kecekapan keusahawanan sebagai pembolehubah pengantara. Beberapa cadangan di ajukan
bagi membangun kejayaan kerjaya keusahawanan di kalangan usahawan.
|