Tadbir Urus dan Pembangunan Belia: Pengalaman Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

Belia adalah penggerak utama dalam pembangunan. Mereka perlu diberi peluang untuk menyuarakan pandangan dan dilibatkan secara langsung dalam pembuatan keputusan mengenai polisi-polisi pembangunan. Sebagai salah satu pemegang taruh, mereka perlu terlibat dalam tadbir urus di beberapa peringkat dalam...

詳細記述

書誌詳細
主要な著者: Abdullah, Siti Alida John, Yeon, Asmah Laili, Arshad, Rozita, Azhar, Alias, Ayub, Zainal Amin
フォーマット: 論文
言語:English
出版事項: Tun Dr. Mahathir Mohamad Thoughts Institute (IPDM) 2017
主題:
オンライン・アクセス:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29847/1/JLP%2002%2001%202017%2083-97.pdf
その他の書誌記述
要約:Belia adalah penggerak utama dalam pembangunan. Mereka perlu diberi peluang untuk menyuarakan pandangan dan dilibatkan secara langsung dalam pembuatan keputusan mengenai polisi-polisi pembangunan. Sebagai salah satu pemegang taruh, mereka perlu terlibat dalam tadbir urus di beberapa peringkat dalam pentadbiran negara, bukan hanya untuk memenuhi keperluan pembangunan berdasarkan kehendak mereka tetapi juga untuk menyediakan mereka menjadi pemimpin-pemimpin negara di masa hadapan. Maka, kajian ini ingin menentukan sejauh mana peluang diadakan untuk melibatkan belia dalam proses-proses pembuatan keputusan terutama di akar umbi melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan juga kesedaran ahli-ahli JKKK mengenai kepentingan penglibatan belia dalam pembuatan keputusan. Data dikumpulkan melalui pengedaran sebanyak 752 soal selidik kepada ahli-ahli JKKK di Semenanjung Malaysia. Statistik diskriptif digunakan untuk melaporkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan yang sederhana oleh belia dalam JKKK dan tingkat kesedaran adalah tinggi dalam kalangan responden tentang keperluan penglibatan belia dalam pembuatan keputusan.