Beberapa Isu Pemeribumian Linguistik Bahasa Melayu

Kritikan kepada beberapa isu linguistik dalam bahasa Melayu dilakukan khasnya dalam sistem ejaan hingga membawa kepada perasionalan keperluan wujudnya 32 konsonan dan 8 vokal atau huruf saksi, sekali gus mencabar hasil kajian Blust (1998-2018) bahawa bahasa Malayonesia berkonsonan 16 hingga 22 dan b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Zain, Shaharir
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29868/1/RENTAS%20JBSB%2001%2001%202022%201-49.pdf
https://doi.org/10.32890/rentas2022.1.1
Description
Summary:Kritikan kepada beberapa isu linguistik dalam bahasa Melayu dilakukan khasnya dalam sistem ejaan hingga membawa kepada perasionalan keperluan wujudnya 32 konsonan dan 8 vokal atau huruf saksi, sekali gus mencabar hasil kajian Blust (1998-2018) bahawa bahasa Malayonesia berkonsonan 16 hingga 22 dan berhuruf saksi 4 atau 5. Kritikan seterusnya dilakukan terhadap pengabaian beberapa imbuhan dan dan ratusan perkataan Melayu Lama (dalam prasasti zaman Funan, Sriwijaya, Campa dan Mon) yang lebih asli hingga terhakisnya keperibadian bahasa Melayu. Pengabaian pembuat kamus di DBP terhadap ratusan perkataan dalam manuskrip Jawi dan peribahasa juga ditonjolkan sehingga hilangnya atau terfosilnya perkataan-perkataan yang cukup memberi peningkatan tahap kekayaan bahasa Melayu. Pengabaian mantik asli Melayu menerusi bahasa Melayu yang lebih asli khasnya ayat-ayat yang berbentuk mantik apasti juga ditonjolkan yang dianggap merugi dan menghakis keperibumian bahasa Melayu. Kritikan terhadap nahu semesta Chomsky dan nahu Malayonesia Blust juga dilakukan dalam konteks bahasa Melayu yang membuahkan usaha penyelidikan selanjutnya. Akhirnya disorot falsafah bahasa Melayu dalam konteks falsafah-falsafah bahasa Eropah khasnya karya Hamboldt, Frege, Russel, Wittgenstein dan Derrida sehingga boleh mencetus penyelidikan selanjutnya supaya terbitnya falsafah bahasa Melayu yang lebih asli. Dalam hal ini falsafah bahasa Derrida tentang keunggulan bahasa lisan diperkatakan buat kali pertamanya dengan lebih perincinya dalam konteks sastera lisan bahasa Melayu. Begitu juga dengan falsafah Hamboldt yang ditumpukan kepada bidang sains matematik dalam bahasa Melayu sekali gus mengubah pendapat Blust tentang bilangan konsonan dan vokal bahasa Austronesia (yang dijenamakan sebagai bahasa Malayonesia).