Summary: | Penggunaan me1 eletronik dalam pengurusan organisasi sudah menjadi sesuatu yang lumrah dewasa ini. Penggunaan me1 elektronik dapat membawa berbagai faedah kepada organisasi sekiranya digunakan dengan betul. Namun begitu, masih terdapat sebilangan kakitangan organisasi yang sukar menerima inovasi pengunaan mel elektronik dalam konteks pengurusan organisasi. Sehubungan ini, kertas kerja ini akan
membincangkan tentang sejauhmanakah faktor persekitaran fizikal dan sokongan pihak atasan terhadap pengunaan mel elektronik mempunyai hubungan dengan tahap pengunaan me1 elektronik di kalangan kakitangan organisasi. Kertas kerja ini adalah berdasarkan kepada hasil tinjauan yang dijalankan di kalangan 250 orang responden. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua faktor ini mempunyai hubungan dengan tahap pengunaan mel elektronik di kalangan kakitangan organisasi. Berdasarkan kepada hasil kajian, potensi penggunaan mel elektronik dalam konteks pengurusan organisasi dikemukakan.
|