Penderaan Ekonomi Mangsa Keganasan Rumah Tangga: Perspektif Pengamal
Keganasan rumah tangga merupakan satu fenomena global dalam masyarakat sejak sekian lama yang begitu kompleks dan perlu ditangani dengan sebaiknya. Artikel ini cuba membincangkan salah satu hasil dapatan daripada keseluruhan kajian yang dilaksanakan bagi meneliti isu penderaan ekonomi dan kesejaht...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
UUM Press
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30107/1/JPS%2026%2000%202023%2071-86.pdf https://doi.org/10.32890/jps2023.26.4 |
Summary: | Keganasan rumah tangga merupakan satu fenomena global dalam masyarakat sejak sekian lama yang begitu kompleks dan perlu
ditangani dengan sebaiknya. Artikel ini cuba membincangkan salah satu hasil dapatan daripada keseluruhan kajian yang dilaksanakan
bagi meneliti isu penderaan ekonomi dan kesejahteraan kewangan mangsa keganasan rumah tangga. Ia cuba meneroka isu ekonomi
yang dihadapi oleh wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga daripada perspektif pengamal yang mengendalikan keskes sebegini. Data kajian kualitatif ini diperoleh semasa temubual dan perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dilaksanakan dengan menggunakan analisis tematik. Seramai lima belas orang kakitangan atau pengamal di Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diminta untuk berkongsi pengalaman mereka berkenaan isu pengendalian kes mangsa keganasan rumah tangga serta konflik kewangan dan kesejahteraan ekonomi wanita yang menjadi mangsa penderaan. Hasil kajian mendapati bahawa isu-isu penderaan ekonomi dan kewangan tertumpu kepada isu pekerjaan dan sumber pendapatan serta kebergantungan si pelaku dan mangsa, isu gaya hidup negatif pelaku dan kawalan pelaku kepada sumber kewangan yang dijana oleh mangsa. |
---|