Self-Regulation Sebagai Mekanisme Kawalselia Dropshipping: Satu Tinjauan
Model perniagaan secara dropshipping telah menjadi satu model pemiagaan terkini yang telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh para peniaga. Walau bagaimana pun, tiada peruntukan regulasi secara khusus terutamanya melibatkan peruntukan perundangan yang mengawalselia transaksi perniagaan...
मुख्य लेखकों: | , |
---|---|
स्वरूप: | Conference or Workshop Item |
भाषा: | English |
प्रकाशित: |
2022
|
विषय: | |
ऑनलाइन पहुंच: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30446/1/SOLAS%20VI_2022_1_5.pdf |
सारांश: | Model perniagaan secara dropshipping telah menjadi satu model pemiagaan terkini yang telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh para peniaga. Walau bagaimana pun, tiada peruntukan regulasi secara khusus terutamanya melibatkan peruntukan perundangan yang mengawalselia transaksi perniagaan secara dropshipping. Perkembangan model regulasi dewasa ini menyaksikan konsep self-regulation telah digunapakai bagi mengawalselia aktiviti sesuatu industri, termasuk aktiviti komersil. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan tentang konsep self-regulation sebagai konsep regulasi dalam industri. la juga bertujuan untuk mengenalpasti aspek self-regulation sebagai mekanisme untuk mengawalselia transaksi dropshipping yang berpotensi mengurangkan pertelingkahan undang-undang. Kaedah penyelidikan kepustakaan dan temubual digunakan bagi menganalisa konsep tersebut serta melihat potensinya dalam transaksi perniagaan secara dropshipping di Malaysia. Hasil perbincangan dan analisa mendapati bahawa mekanisme self-regulation boleh diaplikasikan bagi mengurangkan pertelingkahan undang-undang yang berpunca daripada transaksi dropshipping. Dapatan ini diharap dapat memberikan penerangan yang lebih jelas dan membantu penyelidikan seterusnya berkaitan regulasi dan perundangan yang me/ibatkan dropshipping. |
---|