Pemilikan Harta Berhak Cipta Si Mati: Analisis Undang-­Undang Di Malaysia

Hak cipta boleh didefinisikan sebagai hak seseorang pencipta seperti pengarang, penggubah lagu ke atas hasil ciptaannya yang dilindungi undang-undang. Pemilikan harta berhak cipta banyak dibincangkan semasa pemilik masih hidup walau bagaimanapun isu pemilikan selepas kematian pencipta jarang sekali...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Noor, Nor Azlina, Abd Aziz, Ahmad Shamsul
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30475/1/SOLAS%20VI_2022_192_197.pdf
Description
Summary:Hak cipta boleh didefinisikan sebagai hak seseorang pencipta seperti pengarang, penggubah lagu ke atas hasil ciptaannya yang dilindungi undang-undang. Pemilikan harta berhak cipta banyak dibincangkan semasa pemilik masih hidup walau bagaimanapun isu pemilikan selepas kematian pencipta jarang sekali dibincangkan. Oleh itu, artikel ini membincangkan kedudukan pemilikan hak cipta si mati menurut undang-undang di Malaysia. Bagaimanakah pemilikan harta cipta inf diuruskan selepas kematian pemilik? Artikel ini menggunakan kaedah kajian kualitatif undang-undang dalam bentuk kajian perpustakaan. Data diperoleh daripada analisis yang dibuat ke atas beberapa peruntukan undang-undang yang terdapat di Malaysia dan jurnal-jurnal yang berkaitan. Artikel ini merumuskan bahawa, peruntukan di bawah Akta Hak cipta 1987 perlu dibaca bersama dengan undang-undang berkaitan pentadbiran pusaka. Pemilikan hak cipta selepas kematian masih lagi tertakluk kepada prinsip di bawah Akta Wasiat 1959 dan Akta Pembahagian 1958 bagi orang bukan Islam dan batasan dalam enakmen wasiat dan undang-undang faraid bagi orang Islam. Wujud keperluan untuk memperhalus kerangka undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan beberapa kekangan undang-undang yang wujud bagi menjamin kesejahteraan ahli waris.