Potensi Penerbangan Umrah Terus Dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Ke Madinah/Jeddah (S/O 21379)

Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan sebuah universiti awam yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan merupakan universiti yang mempunyai sasaran untuk tidak hanya membangunkan generasi masa depan yang berkebolehan, tetapi juga mensasarkan untuk menjalankan kerjasama rapat dengan pelbagai...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Mahyadin@Mahidin, Fariza, Osman, Wan Nadzri, Che Ani, Adi Irfan, Anuar, Herman Shah, Mohd Nawi, Mohd Nasrun, Musa, Suria, Mohd Shariff, Kamal Imran
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2023
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30545/1/21379.pdf
Description
Summary:Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan sebuah universiti awam yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan merupakan universiti yang mempunyai sasaran untuk tidak hanya membangunkan generasi masa depan yang berkebolehan, tetapi juga mensasarkan untuk menjalankan kerjasama rapat dengan pelbagai pihak di luar kawasan kampus. Pelbagai inisiatif telah dijalankan dengan pihak-pihak luar termasuk komuniti, agensi-agensi kerajaan, pihak industri serta pelbagai pihak lain. Terkini, melalui kerjasama yang baik dengan pihak pengurusan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Alor Setar, Kedah. terdapat pelbagai peluang kerjasama telah dikenalpasti antaranya melibatkan kajian kes dan beberapa projek perundingan dengan pihak LTSAH. Antara peluang kolaborasi yang ditawarkan adalah untuk membantu pihak LTSAH mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga, mengurangkan kos operasi sekaligus meningkatkan pendapatan dan juga membantu pihak pengurusan LTSAH menjalankan kajian pasaran dalam usaha mencari peluang laluan penerbangan baru dari LTSAH yang seterusnya mampu menjana pendapatan tambahan pada LTSAH. Sehubungan dengan itu, satu persetujuan telah dicapai antara pihak pengurusan LTSAH dengan pihak penyelidik dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) untuk menjalankan kajian pasaran bagi tujuan melihat Potensi Penerbangan Terus Umrah dari LTSAH, Alor Setar, Kedah ke Madinah/Jeddah.