Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning-PBL) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan Di Universiti Utara Malaysia (S/O 21171)

Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning-PBL) merupakan salah satu inovasi pendidikan dengan memberi penekanan kepada konsep pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendekatan ini menggalakkan pelajar bersikap aktif dan kolaboratif di dalam kelas. Keberkesanan pendekatan pembelaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Nasihah, Yahya, Maizatul Azura, Osman, Zamimah, Ibrahim, Nor Hafidah
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2023
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30558/1/21171.pdf
Description
Summary:Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning-PBL) merupakan salah satu inovasi pendidikan dengan memberi penekanan kepada konsep pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendekatan ini menggalakkan pelajar bersikap aktif dan kolaboratif di dalam kelas. Keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBL) telah diakui oleh ramai pengkaji terdahulu sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsang pelajar menjadi lebih proaktif, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan pelaksanaan PBL dalam kursus sarjana muda bahasa Melayu, iaitu SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan, iaitu salah satu kursus elektif yang ditawarkan kepada semua pelajar UUM. Untuk mencapai objektif kajian, kaedah pemerhatian telah digunakan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk aktiviti PBL, refleksi, masalah dan persepsi yang dihadapi oleh para pelajar dalam mengikuti kursus ini. Tinjauan dijalankan melalui pemerhatian pensyarah di dalam kelas dan soal selidik yang diberikan sebagai refleksi. Menerusi tinjauan secara keseluruhannya, didapati para pelajar yang mengikuti PBL dalam kursus Bahasa Melayu Pengurusan ini memberikan maklum balas yang positif. Majoriti pelajar mengakui bahawa aktiviti dalam PBL yang dilaksanakan oleh pensyarah dapat membantu mereka menyelesaikan tugasan dengan baik dan mengikut waktu yang ditetapkan.