Profil Kecerdasan Emosi, Spiritual Dan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Penerima Zakat (S/O 14728)

Kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) seringkali dihujahkan sebagai peramal penting dalam menentukan kejayaan akademik, pengukuhan kerjaya dan kesejahteraan hidup. Di Universiti Utara Malaysia, lebih daripada 950 orang pelajar menerima zakat bagi tahun 2020. Sumber kewangan ini sedikit...

Ամբողջական նկարագրություն

Մատենագիտական մանրամասներ
Հիմնական հեղինակներ: Mat Saad, Zarina, Hillaluddin, Azlin Hilma, Ahmad Ramli, Fatimah Zailly, Md Zain, Rajwani, Abbas, Sharima Ruwaida, Zainal, Hafizah
Ձևաչափ: Monograph
Լեզու:English
Հրապարակվել է: UUM 2023
Խորագրեր:
Առցանց հասանելիություն:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30591/1/14728.pdf
Նկարագրություն
Ամփոփում:Kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) seringkali dihujahkan sebagai peramal penting dalam menentukan kejayaan akademik, pengukuhan kerjaya dan kesejahteraan hidup. Di Universiti Utara Malaysia, lebih daripada 950 orang pelajar menerima zakat bagi tahun 2020. Sumber kewangan ini sedikit sebanyak dapat membantu sara hidup di alam universiti. Namun begitu, masih tidak dapat dipastikan bagaimana profil kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan pencapaian akademik mereka sehingga kini. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan bagi mengenalpasti tahap kecerdasan emosi, spiritual dan pencapaian akademik pelajar yang menerima bantuan zakat; mengkaji perbezaan kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan pencapaian akademik pelajar yang menerima bantuan zakat berdasarkan faktor demografi; mengkaji pengaruh kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual terhadap pencapaian akademik pelajar yang menerima bantuan zakat serta mencadangkan program-program intervensi kerja sosial. Borang soal selidik yang mengandungi instrumen berpiawaian digunakan untuk mengumpul data bagi mencapai objektif pertama, kedua dan ketiga. Manakala, pendekatan kualitatif iaitu kutipan data melalui temubual semi-struktur secara bersemuka dan perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dilakukan bagi mencapai objektif keempat. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 22 bagi data kuantitatif dan analisis tematik bagi data kualitatif. Seramai 548 responden telah menjawab soal selidik dengan menggunakan pautan Google form dan tujuh orang responden terlibat dalam FGD. Analisis kuantitif menunjukkan kebanyakan responden memperolehi pencapaian akademik yang memuaskan. Dari segi kecerdasan emosi dan spiritual, rata-rata mendapat skor pada tahap sederhana. Hasil analisis inferensi mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual berdasarkan bagi kebanyakan faktor demografi. Responden yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi melaporkan pencapaian akademik yang lebih baik berbanding responden-responden lain. Responden yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi, turut mempunyai kecerdasan spiritual yang baik. Dapatan kajian temubual dan FGD menghasilkan beberapa tema utama yang merangkumi kepentingan bantuan zakat kepada penerima, cadangan meningkatkan kecerdasan emosi dan spiritual serta pencapaian akademik penerima zakat dan cadangan penambahbaikan pengurusan zakat. Beberapa cadangan intervensi kerja sosial untuk pelajar-pelajar yang menerima bantuan zakat bagi memantapkan pencapaian akademik dan perancangan kerjaya mereka juga dibincangkan