Tanahku Diabai… Tanahku Tergadai…

Terdapat banyak isu-isu terutama yang melibatkan penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah (PTD), serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang merupakan antara agensi kerajaan barisan hadapan di sesebuah negeri. Pertindihan serta skop bidang kuasa setiap agensi sentiasa menj...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jambut, Azrihisyam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30593/1/8th%20ICSC%202023%201-13.pdf
Description
Summary:Terdapat banyak isu-isu terutama yang melibatkan penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah (PTD), serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang merupakan antara agensi kerajaan barisan hadapan di sesebuah negeri. Pertindihan serta skop bidang kuasa setiap agensi sentiasa menjadi satu isu yang berlarutan dan menjejaskan tindakan penguatkuasaan yang berkesan dan efektif. Perkara ini memberikan persepsi negatif kepada masyarakat kerana agensi yang sepatutnya bertanggungjawab dikira tidak menjalankan tugas serta kewajipan yang telah amanahkan, dan pada kebiasannya, pihak-pihak berkuasa ini akan terus dipersalahkan. Bagi mengikis persepsi ini, PBT, PTD dan JAS perlu sentiasa bekerjasama rapat dan berkomunikasi antara satu sama lain dan dengan masyarakat untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan dan menepati ekspektasi mereka. Kemajuan teknologi membolehkan komunikasi menjadi lebih bervariasi dan berkesan. Penyampaian maklumat boleh dibuat melalui saluran seperti pemimpin masyarakat atau program dialog dari semasa ke semasa untuk memberi pencerahan dan idea bagaiman perkhidmatan setiap agensi ini dapat dipertingkatkan dengan maklumbalas daripada masyarakat sebagai salah satu pemegang taruh. Kajian kes ini membincangkan berkenaan insiden kebakaran sampah di tapak pelupusan sampah haram di kawasan kampung Sungai Kertas bersebelahan Sungai Tua Gantian, Ulu Yam yang bermula lebih kurang jam 4.00 petang, 24 September 2009. Akibat daripada kebakaran itu, penduduk kampung Sungai Kertas dan kawasan sekitar terdedah kepada masalah pencemaran udara yang teruk. Sampah-sampah tersebut telah dibuang secara haram di kawasan tersebut dengan tidak terkawal selama hampir 3 tahun lamanya. Sebahagian besar adalah tanah hakmilik terutamanya di kawasan berbukit berdekatan jalan menuju Ulu Yam serta tidak diduduki dan menjadi salah satu faktor menyebabkan ianya menjadi sasaran tempat pelupusan sampah haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kawasan yang terlibat terdiri daripada 5 lot tanah hakmilik persendirian dan syarikat yang mempunyai keluasan keseluruhan hampir 27.3 ekar. Penduduk kampung yang terkesan telah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak (PTDG) mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka. Kejadian ini juga turut dibuat liputan oleh sebuah stesen TV sebagai berita utama dengan penyampainya menyifatkan ianya sebagai bukti kegagalan agensi kerajaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Kes ini menggambarkan kemelut yang dihadapi oleh pihak MPS dalam menangani masalah penguatkuasaan dalam isu pembuangan sampah haram di kampung Sungai Kertas dan isu pematuhan pemilik tanah kepada syarat-syarat penggunaan tanah masing-masing seperti yang telah ditetapkan di dalam dokumen hakmilik tanah. Kes ini juga memberi gambaran tentang persepsi penduduk kampung terhadap keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan. oleh pihak MPS, PTDG dan JAS berkenaan isu pembuangan sampah secara haram. Pihak PTDG perlu membantu MPS dan JAS untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa yang singkat dan membersihkan nama MPS dan JAS dari persepsi negatif penduduk kampung Sungai Kertas tentang keberkesanan MPS dan JAS dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menangani isu pembuangan sampah haram.