Kemampuan Memiliki Rumah: Satu Analisa dari Sudut Sosio-Ekonomi Isi Rumah
Kemampuan memiliki rumah bukan sekadar keupayaan isi rumah membayar kos perumahan. Namun, kemampuan memiliki rumah juga melibatkan keupayaan isi rumah membayar kos perumahan disamping mengekalkan keupayaan untuk memenuhi keperluan asas lain dalam kelangsungan kehidupan. Oleh itu, aspek kemampuan...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Secholian Publication
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30644/1/MJSSH%2001%2001%202016%2010-16.pdf https://doi.org/10.47405/mjssh.v1i1.2 |
Summary: | Kemampuan memiliki rumah bukan sekadar keupayaan isi rumah membayar kos perumahan. Namun,
kemampuan memiliki rumah juga melibatkan keupayaan isi rumah membayar kos perumahan
disamping mengekalkan keupayaan untuk memenuhi keperluan asas lain dalam kelangsungan
kehidupan. Oleh itu, aspek kemampuan adalah penting dalam pemilikan rumah. Manakala, pemilikan
rumah merupakan keputusan terbesar isi rumah pada suatu jangka masa. Kombinasi kemampuan dan
pemilikan rumah mendorong kajian tentang faktor yang mempengaruhi kemampuan pemilikan rumah
terutama dari sudut sosioekonomi isi rumah secara inklusif. Faktor sosioekonomi yang dibincangkan
merangkumi pendapatan, perbelanjaan isi rumah, jenis pekerjaan, tahap pendidikan, bilangan
tanggungan, bayaran bulanan perumahan dan tabungan kewangan. Setiap faktor memainkan peranan
tersendiri untuk memastikan tahap kemampuan isi rumah dalam pemilikan. Malah, faktor yang
mempengaruhi kemampuan memiliki rumah adalah berbeza antara isi rumah. Penelitian kepada faktor
sosioekonomi adalah perlu kerana isu kemampuan pemilikan rumah memberi impak kepada kualiti
kehidupan manusia sejagat. |
---|