Summary: | Pelancongan merupakan sektor yang semakin berkembang di
Malaysia kerana menyumbang pendapatan dan pertumbuhan
ekonomi negara. Akibat daripada perkembangan tersebut, kerajaan membangunkan beberapa produk pelancongan di seluruh negara mengikut dasar yang telah ditetapkan. Antara produk pelancongan yang dibangunkan adalah yang berteraskan kepada pelancongan alam semula jadi (ecotourism).
Ini kerana Malaysia mempunyai kekayaan dan keunikan flora dan fauna kawasan hutan yang melibatkan kawasan seluas 20.50 juta hektar (62.04 peratus) daripada keluasan negara (Ibrahim, 2001). Hasil daripada itu, Malaysia mempunyai sebanyak 18 taman negara dan empat taman negeri yang sebahagian besarnya terletak di Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, artikel ini akan menceritakan salah
satu produk pelancongan berasaskan alam semulajadi yang meliputi aspek keunikan sumberjaya, trend kedatangan pe1ancong, aktiviti yang dilakukan, impak yang timbul, kemudahan yang disediakan serta kaedah pengurusan yang dijalankan.
|