Summary: | Coronavirus 2019 (COVID 19) mula dilaporkan di Wuhan, China pada bulan Disember 2019. Penularan wabak ini amat cepat dan merebak ke seluruh dunia sehingga memaksa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID 19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Pengurusan krisis seperti COVID 19 memerlukan pendekatan bersepadu dan realistik, dan penumpuan terhadap teknologi dapat membantu urusan menjadi lebih cekap. Sungguhpun teknologi IR 4.0 digunakan secara meluas dalam mendepani krisis pandemik, namun undang-undang yang berkaitan seperti undang-undang harta intelek khususnya hak cipta dan paten dengan teknologi ini harus terus dilindungi. Artikel ini embincangkan teknologi IR 4.0 seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI) dan rantaian blok (blockchain) yang diaplikasi di era pandemik dan perlindungan harta intelek yang berkaitan dengan teknologi ini. Bagi tujuan ini, artikel ini menggunakan kaedah penyelidikan undang-undang secara penyelidikan perpustakaan dengan menganalisa sumber primer dan sekunder. Artikel ini merumuskan bahawa Teknologi IR 4.0 seperti kecerdasan buatan dan rantaian blok dilihat sebagai suatu permata di era pandemik kerana menerusinya, komunikasi sesama manusia dapat dikurangkan. Selain itu, menerusi teknologi ini, ia juga dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga manusia. Penambaikkan terhadap undangundang harta intelek boleh dilakukan dalam memberi lebih perlindungan terhadap Teknologi IR 4.0 ini
|