Summary: | Perkhidmatan penghantaran barangan keperluan melalui CPOD-PRENEUR (Runner) semakin menjadi pilihan oleh masyarakat masa kini. Tambahan pula, keadaan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, telah mendorong peningkatan penggunaan perkhidmatan CPOD-PRENEUR. Justeru itu, pembangunan kelestarian ekosistem terhadap perkhidmatan CPOD-PRENEUR adalah perlu bagi membantu kelancaran dan keberkesanan perkhidmatan ini. Kajian ini bertujuan memetakan profil CPOD-PRENEUR, peniaga dan penerima perkhidmatan yang sedia ada (runner) serta pelanggan perkhidmatan ini iaitu pengguna yang terdiri daripada kumpulan peniaga dan pelanggan, untuk mengenal pasti kebaikan dan kelemahan yang dihadapi oleh CPOD-prenuer yang tidak formal dan penerima perkhidmatan penghantaran iaitu peniaga dan pengguna (komuniti setempat dan kumpulan rentan) serta membangunkan ekosistem perkhidmatan penghantaran (CPOD-PRENEUR). Pembangunan ekosistem perkhidmatan penghantaran (CPOD-PRENEUR) ini adalah meliputi proses perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan serta membentuk kerangka perkhidmatan penghantaran (CPOD-PRENEUR) bagi menjamin kelangsungan kecekapan kepada penerima perkhidmatan. Metodologi kajian yang digunakan adalah secara kualitatif dan kuantitatif iaitu menggunakan kaedah temu bual dan tinjauan atas talian. Responden kajian terdiri daripada runner, dan penerima perkhidmatan (pengguna dan peniaga) di Daerah Kota Setar dan Kubang Pasu. Hasil kajian berdasarkan pemetaan profiling menunjukkan terdapat keperluan untuk meneliti beberapa aspek tertentu dalam sistem CPOD-Prenuer untuk memberi keadilan kepada runner, peniaga dan pengguna. Selain itu, beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk mengatasi masalah berkaitan sistem CPOD-Prenuer yang tidak formal ini
|