Summary: | Institusi pendidikan tinggi (IPT) sama ada awam mahupun swasta merupakan institusi bagi pengajian dan pengembangan ilmu. Namun begitu, masalah gangguan seksual menjadi semakin hangat diperkatakan di IPT sejak akhir-akhir ini. Ini berikutan, pusat yang sepatutnya menjadi nadi percambahan ilmu dun minda sudah mula dicemarkan dengan perbuatan yang tidak bertanggungiawab. Secara tidak langsung, ia akan menjejaskan imej IPT serta memperlihatkan bahawa di tempat menimba ilmu sekalipun, ia bukannya satu jaminan terhadap suasana selamat dun bebas daripada belenggu gangguan seksual. Justeru, artikel ini akan membincangkan bentuk gangguan seksual serta peruntukan undang-undang dalam menanganinya.
|