Integrasi rangkaian neural dan logik kabur dalam sistem pakar

Sistem pakar merupakan di antara sistem pintar terawal yang giat dibangunkan terutama dalam tahun 1970an. Walau bagaimanapun, keupayaan sistem pakar agak terbatas disebabkan oleh kewujudan masalah kekaburan dan ketakpastian dalam maklumat. Selain itu, sesetengah bidang masalah agak besar. Keadaan in...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wan Ishak, Wan Hussain
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3429/1/WH10.pdf
Description
Summary:Sistem pakar merupakan di antara sistem pintar terawal yang giat dibangunkan terutama dalam tahun 1970an. Walau bagaimanapun, keupayaan sistem pakar agak terbatas disebabkan oleh kewujudan masalah kekaburan dan ketakpastian dalam maklumat. Selain itu, sesetengah bidang masalah agak besar. Keadaan ini menyukarkan jurutera pengetahuan untuk mewakilkan kesemua pengetahuan pakar dalam pangkalan pengetahuan. Jesteru itu, kertas kerja ini mencadangkan integrasi rangkaian neural dan logik kabur dalam pembangunan sistem pakar. Rangkaian neural merupakan satu teknologi yang meniru fungsi otak manusia terutama dalam pembelajaran objek baru. Manakala logik kabur pula mampu menangani masalah kekaburan dan ketidakpastian maklumat. Integrasi rangkaian neural dan logik kabur ini digambarkan dalam rangka model integrasi Fuzzy-Neural-Expert.