Kecekapan pengendalian trafik pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth dengan menggunakan model simulasi

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji kecekapan pengendalian trafik kontena Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth. Data yang telah dikumpulkan selama 6 bulan telah digunakan bagi menguji data-data yang telah dihasilkan melalui proses simulasi dengan menggunakan perisian SIMAN. Hasil dari penyeli...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Saleh, Abdul Razak, Mat Tahar, Razman, Ahmad, Sabri, Mamat, Elias
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 1995
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3692/1/ABDUL_RAZAK_SALEH_-_Kecekapan_Pengendalian_Trafik_Pelabuhan...%281995%29.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji kecekapan pengendalian trafik kontena Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth. Data yang telah dikumpulkan selama 6 bulan telah digunakan bagi menguji data-data yang telah dihasilkan melalui proses simulasi dengan menggunakan perisian SIMAN. Hasil dari penyelidikan ini, didapati kedatangan kapal besar (keupayaan membawa lebih dari 507 buah kontena)adalah mengikut taburan Weibull (14.3, 1.13) manakala kedatangan kapal kecil pula mengikut taburan log normal (18.7,19.56). Kesan ke atas kecekapan apabila peralatan dikurangkan atau rosak juga dikaji. Didapati apabila salah satu "port crane" dari tiga "port crane" yang ada rosak, pengurangan jumlah kontena yang dikendalikan untuk dieksport ialah 14.17% dan 11.54% bagi kontena yang diimport. Sekiranya perkhidmatan ditingkatkan sebanyak 25%, min masa bagi pemunggahan kontena eksport boleh dipendekkan sebanyak 27% dan min masa bagi pemunggahan kontena import pula boleh dipendekkan sebanyak 8%. Apabila pergerakan "prime mover" diintegrasikan, pengendalian kontena eksport boleh ditingkatkan sehingga 8.0% manakala pengendalian kontena import pula boleh ditingkatkan sehingga 4.3%.