Pembangunan pinggir pantai: Antara tuntutan masyarakat, alam sekitar dan ekonomi

Malaysia dianugerahi dengan pelbagai kawasan pelancongan yang kaya dengan sumber alam semulajadi yang tidak terdapat di kavasan lain di dunia. Namun seringkali keinginan untuk meningkatkan pendapatan ekonomi mengaburi mata segelintir pihak yang inginkan ganjaran kewangan yang besar dan cepat. Sumber...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zainol, Rosilawati
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3773/1/pem_pi.pdf
Description
Summary:Malaysia dianugerahi dengan pelbagai kawasan pelancongan yang kaya dengan sumber alam semulajadi yang tidak terdapat di kavasan lain di dunia. Namun seringkali keinginan untuk meningkatkan pendapatan ekonomi mengaburi mata segelintir pihak yang inginkan ganjaran kewangan yang besar dan cepat. Sumber alam yang menjadi nadi pengerak pelancongan sering diabaikan dan tidak diuruskan dengan sempurna. Akibat sumber ini semakin hilang dan sukar dicari ganti. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk meninjau impak negatif pembangunan pinggir pantai terhadap masyarakat dan alam sekitar. Antara yang menjadi isu yang sering diperkatakan umum adalah kepupusan kawasan batu karang di Pulau Tioman dan pembinaan bangunan tinggi yang menjadi penghalang kepada pemandangan pinggir pantai masyarakat umum di Pulau Pinang. Seterusnya kajian ini akan mengutarakan beberapa cadangan dalam mengawal kesan negatif yang telah terjadi agar perancangan pembangunan pelancongan mapan dapat direalisasikan. Salah satu cara untuk mengatasi masalah kesesakan pelancong di sesebuah kawasan pelancongan adalah dengan mengamalkan konsep daya tampung. Garis panduan pembangunan pinggir pantai wajar diberi perhatian agar ianya dipatuhi oleh semua pihak demi kebaikan bersama. Dengan ini diharapkan agar pembangunan pinggir pantai dapat dibangunkan tanpa memudaratkan alam sekitar dan masyarakat seluruhnya. Hasil daripada ini juga Malaysia masih boleh memiliki sumber alam semula jadi akuatik untuk jangka masa yang tiada diketahui penghujungnya.