Prospek, cabaran & halangan Taman Warisan Marin Setiu Wetland: Satu tinjauan umum

Setiu Wetland (SW) dengan keluasan 230 kilometer persegi terletak di pantai timur Terengganu. Keunikan SW terletak pada hubungan sembilan elemen ekosistem iaitu laut, pantai, dataran lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan pantai dan hutan paya bakau. Kerajaan negeri Terengganu telah mempertimban...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sukemi, Muhammad Najit, Nawawi, Mohd Nasir, Sidek, Siti Manisah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3776/1/pro.pdf
Description
Summary:Setiu Wetland (SW) dengan keluasan 230 kilometer persegi terletak di pantai timur Terengganu. Keunikan SW terletak pada hubungan sembilan elemen ekosistem iaitu laut, pantai, dataran lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan pantai dan hutan paya bakau. Kerajaan negeri Terengganu telah mempertimbangkan untuk mengazetkan SW sebagai taman warisan marin berikutan cadangan oleh pihak Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM) pada tahun 2002. SW yang diliputi 880 hektar kawasan berair menjana pelbagai faedah kepada penduduk setempat serta kepelbagaian flora dan fauna. Bagi pengunjung, SW menjanjikan panorama keindahan semulajadi dan kedamaian desa. Namun sehingga kini, SW masih belum mempunyai badan atau organisasi yang menguruskannya secara sistematik. Tanah di kawasan ini dimiliki oleh individu atau masyarakat setempat yang bebas mengusahannya tanpa melihat kepada kesan keatas kesimbangan ekusistem. Pemilik persendirian bebas menebang pokok paya bakau dan khazanah alam untuk dijadikan kolam ternakan udang dan ikan. Jika keadaan ini dibiarkan, dikuatiri akan memberi kesan negatif kepada keseimbangan ekosistem paya bakau dan SW secara keseluruhanya. Dari sudut positif, pengurusan yang sistematik mampu memelihara biodiversiti SW disamping dapat memberi pulangan ekonomi kepada penduduk setempal khasnya. Kertas kerja ini akan membincangkan bentuk pengurusan yang berkesan dalam mentadbir SW serta langkah atau strategi pengurusan berkesan, halangan-halangan yang wujud serta prospek-prospek masa depan SW .