Salahlaku moral menerusi Internet : satu tinjauan

Kecanggihan internet jauh mengatasi alat-alat komunikasi lain yang sedia ada pada zaman ini. Lantaran itu, orang ramai telah banyak menggunakan internet sebagai alat komunikasi sama ada untuk tujuan perhubungan atau penyebaran maklumat dalam kehidupan harian. Bagaimanapun, kemudahan internet yang di...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abd Aziz, Ahmad Shamsul, Ooi, Yeng Keat
Format: Article
Language:English
Published: Sekolah Pengurusan, Universiti Utara Malaysia 2002
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/391/1/Ahamad_Shamsul_Dato%27_Abd_Aziza.pdf
Description
Summary:Kecanggihan internet jauh mengatasi alat-alat komunikasi lain yang sedia ada pada zaman ini. Lantaran itu, orang ramai telah banyak menggunakan internet sebagai alat komunikasi sama ada untuk tujuan perhubungan atau penyebaran maklumat dalam kehidupan harian. Bagaimanapun, kemudahan internet yang disediakan telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak apabila mereka menggunakannya sebagai medium untuk melakukan gangguan seksual seperti menghantar gambar lucah kepada rakan lain, melakukan plagiarisme akademik dan melayari laman web lucah. Salahlaku moral ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada satu perbuatan jenayah yang serius. Justeru itu, artikel ini akan cuba membincangkan definisi salahlaku moral menerusi internet, mengupas faktor penyebab kejadian ini terjadi, serta mencadangkan beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibu bapa dan pihak berkuasa dalam membendung gejala ini daripada terus berleluasa.