Summary: | Artikel ini bertujuan untuk melihat kewujudan konflik dalam sesebuah negara khususnya yang didiami oleh pelbagai etnik. Polisi dalaman pentadbiran sesebuah negara sama ada secara positif dan negatif juga dilihat secara umum. Konflik etnik mahupun penduduk minoriti wujud secara implisit dan juga eksplisit. Konflik implisit ialah konflik dalaman yang tidak diluahkan sedangkan konflik eksplisit ialah konflik yang ditonjolkan secara terbuka. Konflik wujud daripada perbezaan yang timbul antara kumpulan etnik mahupun penduduk minoriti. Dalam menguruskan konflik, tindakan yang perlu dilakukan ialah sama ada mengetatkan undang-undang, membuat perundingan ataupun memenuhi segala tuntutan yang diingini. Pengurusan konflik yang terakhir ialah melalui perkongsian kuasa, pemencaran kuasa atau pemisahan kuasa dengan mewujudkan sebuah negara baru. Sungguhpun begitu, pengurusan konflik sebenurnya berbeza di setiap negara. Adakala strategi yang dilaksanakan bermanfaat di sesebuah negara tetapi gaga1 di tempat lain. Jelasnya dalam menguruskun konflik antara etnik mahupun penduduk minoriti, pihak pentadbiran sesebuah negara perlu melihat konflik dari segi konteks iaitu latar belakang budaya, ideologi dan juga persekitaran setiap etnik.
|