Israiliyyat dalam kitab tafsir Melayu "Tafsir Nur al-Ihsan": satu analisis

Islam merupakan agama yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Sejajar dengan itu, al-Quran diturunkan sebagai kitabullah yang mempunyai panduan dan hidayah kepada seluruh umat manusia lengkap dengan segala isi kandungannya sama ada dari segi akidah, ibadah, perundangan, akhlak, sejar...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim, Mazlan
Format: Article
Language:English
Published: Sekolah Pembangunan Sosial 2001
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/461/1/Mazlan_Ibrahim.pdf
Description
Summary:Islam merupakan agama yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Sejajar dengan itu, al-Quran diturunkan sebagai kitabullah yang mempunyai panduan dan hidayah kepada seluruh umat manusia lengkap dengan segala isi kandungannya sama ada dari segi akidah, ibadah, perundangan, akhlak, sejarah dan sebagainya. Al-Quran dinukilkan secara mutawatir dan merupakan kitab yang sentiasa dipelihara isi kandungannya oleh Allah s.w.t daripada diseleweng oleb musuh Allah s. w.t. Namun begitu tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah para pentafsir dahulu atau masa kini memasukkan beberapa unsur-unsur Israiliyyat dalam pentafsiran mereka. Unsur-unsur ini banyak dikesan terutamanya dalam menggambarkan perihal cerita-cerita para nabi dan rasul. Faktor ini adalah antara penyebab berlakunya kelemahan dalam tafsir mathur. Justeru, penulisan ini akan cuba menganalisis kitab tafsir Melayu tafsir Nur al-Ihsan yang merupakan kitab tafsir Melayu pertama ditafsirkan secara lengkap tiga puluh juzuk. Di samping itu kitab tersebut juga merupakan antara kitab-kitab tafsir berbahasa Melayu yang dipelajari di surau-surau serta masjid-masjid di Malaysia, dan selayaknya kitab ini diberi perhatian dan penumpuan bagi menilai sama ada ianya juga dipengaruhi oleh kisah-kisah Israiliyyat ataupun tidak. Semoga mayarakat yang cintakan al-Quran mampu mendalami tafsiran-tafsirannya tanpa terpengaruh dengan kisah-kisah Israiliyyat yang batil yang tidak berdasarkan kepada sanad yang sahih.