Analisis pilihan raya: Model keperluan gabungan kuasa dan kemenangan majoriti

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 telah memberi satu dimensi baru kepada lanskap politik Malaysia. Parti pemerintah yang secara tradisi menguasai majoriti besar dalam hampir semua pilihan raya sebelum ini telah mendapat satu cabaran baru apabila kemenangan secara tradisi itu bukan sahaja dikurangkan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Awang, Saadon
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/4984/1/Saa.pdf
Description
Summary:Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 telah memberi satu dimensi baru kepada lanskap politik Malaysia. Parti pemerintah yang secara tradisi menguasai majoriti besar dalam hampir semua pilihan raya sebelum ini telah mendapat satu cabaran baru apabila kemenangan secara tradisi itu bukan sahaja dikurangkan, malahan hampir dinafikan. Beberapa negeri turut tumbang atau tidak dapat dikuasai oleh parti pemerintah Kerajaan Pusat.Kertas ini cuba menjelaskan keperluan wujudnya gabungan parti politik dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia dan kemenangan berdasarkan majoriti manakah yang boleh menjamin kestabilan sesebuah kerajaan yang dibentuk. Kertas berbentuk perbincangan konsep ini mengutarakan Model Keperluan Gabungan Kuasa dun Kemenangan Majoriti untuk menunjukkan hubungan antara kedua-dua angkubah.Penghubung (moderator) kepada hubungan ini ialah melalui faktor 6C iaitu Coalition, Cooperation, Compromise, Conspiracy, Contingency dan Consequences. Coalition menjadi asas kepada matlamat untuk mendapatkan kuasa, manakala Cooperation dan Compromy menjadi kaedah perlaksanaan kepada kuasa dengan Conspiracy dan Contingency menjadi alternatif kepada perlaksanaan itu apabila kuasa yang diperoleh itu tergugat. Semua ini hanya dapat dilakukan dengan berasaskan pada sejauh mana pihak yang memegang kuasa (memerintah) itu memegang kuasa majoriti melalui mandat yang diberikan kepada mereka.Kesan-kesan ini dijelaskan melalui faktor Consequences. Adalah diharapkan model ini akan menjadi panduan kepada parti-parti politik dan pihak-pihak yang berkenaan dalam merangka strategi dan percaturan ke arah mendapat kemenangan dan mencapai matlamat berada di tampak kuasa pemerintahan negara pada masa hadapan.