Suasana politik selepas pilihanraya ke-12 dalam lingkungan 200 hari

Pilihan raya merupakan salah satu asas berkerajaan sendiri dan mengisi kemerdekaan sesebuah negara. Ini adalah satu proses dan satu sistem yang membolehkan rakyat negara bangsa tersebut memilih pemimpin dan parti yang akan membentuk kerajaan. Pilihan raya juga merupakan salah satu asas utama dalam p...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Sabri, Ahmad Zaharuddin Sani
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5579/1/PROSIDING_SEMINAR_POLITIK_MALAYSIA.pdf
Description
Summary:Pilihan raya merupakan salah satu asas berkerajaan sendiri dan mengisi kemerdekaan sesebuah negara. Ini adalah satu proses dan satu sistem yang membolehkan rakyat negara bangsa tersebut memilih pemimpin dan parti yang akan membentuk kerajaan. Pilihan raya juga merupakan salah satu asas utama dalam pengamalan sistem demokrasi bagi negara-negara yang telah merdeka (Ramlah Adam, 2003). Selain itu, merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Keputusan pilihanraya umum pada 8 Mac yang lalu teleh mencipta satu sejarah baru dalam rekod Parti Barisan Nasional, yang menafikan majoriti dua pertiga BN DI Parlimen dan kekalahan lima buah negeri di peringkat DUN ke dalam tangan pihak pembangkang. Ini merupakan keputusan yang terburuk BN sejak negara mencapai kemerdekaan. Kertas ini akan mengupas serta mengkaji impak pilihanraya tersebut terhadap keutuhan gabungan parti pemerintah, kekuatan "tsunami" pakatan parti pembangkang serta implikasi terhadap rakyat dalam lingkungan 200 hari selepas pembentukan kerajaan baru. Kajian yang dilakukan hanya bersandarkan terhadap kajian perpustakaan. Dengan pengumpulan maklumat bersumberkan berita-berita yang disiarkan dalam arus perdana.