Summary: | Tujuan utama Kertas kerja ini adalah untuk mengukur keberkesanan pengimplimentasian sistem pengkomputeran di
perpustakaan dan pusat maklumat di Malaysia. Persampelan berstrata telah digunakan untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang faktor-faktor keberkesanan pengimplimentasian sistem perpustakaan berkomputer ke atas
perpustakaan dan pusat maklumat. Sampel kajian adalah 61 buah perpustakaan dan pusat maklumat yang telah dipilih
secara strata berasakan jenis perpustakaan. Kategori perpustakaan ialah perpustakaan negara, perpustakaan akademik, perpustakaan awam dan perpustakaan khusus. Data ke ditatif dan kuantitaif dikumpul melalui soal selidik, temu bual, pemerhatian dan kajian luas. Hasil kajian mendapati terdapat 4 faktor utama iaitu: perancangan yang rapi, sokongan pengurusan, latihan kakitangan dan peruntukan kewangan telah menyumbang kepada keberkesanan
pengimplimentasian pengkomputeran perpustakaan dan pusat maklumat.
|