Summary: | Kejayaan penggunaan sesuatu sistem di dalam organisasi bergantung kepada pengguna, pengetahuan mereka mengenainya, sikap terhadapnya dan tahap persepsi mereka ke atas operasi. Pengabaian penyertaan pengguna dalam Pembangunan Sistem Maklumat (ISD) akan mengakibatkan sesuatu sistem itu gagal seperti tidak memenuhi keperluan pengguna dan mungkin ditolak atau kurang dimanafaatkan. Oleh itu penyertaan pengguna di dalam ISD adalah penting bukan sahaja kepada pembangun sistem tetapi juga kepada organisasi untuk memastikan sesuatu sistem itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna dan memenuhi objektif organisasi. Oleh itu, kajian ini melihat kepada gelagat penglibatan pengguna di dalam ISD. Kajian dijalankan untuk mengenalpasti gelagat penyertaan khusus yang sebenarnya terlibat semasa proses pembangunan sistem. Data telah dikumpulkan melalui tinjauan atas talian dan dianalisa menggunakan analisis diskriptif. Keputusan menunjukkan bahawa dalam kajian ini, pengguna telah terlibat di dalam semua fasa ISD, di mana fasa tertnggi ialah di dalam keperluan projek.
|