Summary: | Teknologi komputer mempunyai kesan penting dalam hampir segala aspek kehidupan kita.Buku ini mengandungi lima bahagian yang memperkenalkan pelbagai cara komputer digunakan di sekolah.Bahagian pertama memperihalkan kemungkinan kesan komputer dalam pendidikan, perkakasan komputer dan sejarah komputer dalam pendidikan.Bahagian kedua memperincikan applikasi tutor, iaitu latihan amalan, tutorial, penyelesaian masalah, simulasi dan permainan. Bahagian ketiga menggariskan aplikasi komputer sebagai alat, applikasi multimedia/ hypermedia dan rangkaian serta telekomunikasi yang menarik di sekolah.Bahagian keempat bertumpu kepada aplikasi komputer sebagai tuti dan bahagian terakhir buku ini memberi pemahaman kepada guru dan pentadbir menyepadukan perisian dan perkasan komputer ke dalam kurikulum.Secara keseluruhan buku ini dapat memberikan maklumat tentang penggunaan teknologi pengajaran berasaskan komputer dalam sistem pendidikan dan dapat menjadi sumber rujukan kepada pendidik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka berkaitan penyepaduan komputer dalam pendidikan.
|