Summary: | Penerbitan modul Asas Pembudayaan Keusahawanan ini adalah selaras dengan aspirasi negara untuk membangunkan modal insan berkualiti, yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan modal intelek, termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi.Penerapan nilai keusahawanan dan perubahan minda yang diperkenalkan melalui modul ini bertujuan untuk menyemai semangat berdikari dan budaya keusahawanan dalam diri graduan.Graduan akan diasuh agar berkeupayaan untuk meneroka peluang, digilap agar memiliki daya kreativiti dan inovasi yang tinggi, serta ditanam dengan kefahaman tentang aspek-aspek berkaitan seperti risiko, persaingan dan sebagainya.Melalui kemahiran keusahawan, graduan diharap bukan sahaja mampu merebut peluang perniagaan dan perusahaan malah mampu bekerja sendiri dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.
|