Summary: | Buku ini mengandungi 11 bab yang membincangkan isu-isu berkaitan implikasi sosial dan fizikal yang wujud daripada pembangunan sesebuah negara.Topik yang diperkatakan adalah relevan, di samping perbincangan kritis pengarang terhadap sesuatu isu.Fenomena kemiskinan misalnya merupakan salah satu daripada implikasi pembangunan, namun strategi pembasmiannya menjadi satu elemen yang harus difokuskan. Buku ini turut membicarakan isu berkaitan kemiskinan dalam kalangan wanita yang merupakan golongan yang perlu diberi perhatian.Selain itu, isu lain yang dibincangkan adalah berkenaan penglibatan bumiputera dalam bidang kontraktor, pelancongan, sektor awam, pengurusan wang dan sebagainya. Sesungguhnya, penghasilan buku ini memberikan manfaat kepada pembaca, pengkaji, pelajar serta khalayak secara umumnya.
|